RA8 Cosmeceutical - Set Anti Penuaan
RA8 adalah produk penjagaan kulit khusus untuk anti penuaan yang dihasilkan oleh SIRIM Berhad. Perkataan 'Cosmeceutical' digunakan kerana RA8 merupakan produk dalam kategori kosmetik dan farmaseutikal iaitu ianya bukan sahaja untuk kecantikan tetapi ia juga berupaya merawat kulit wajah. RA8 dengan esen bioaktif berasaskan hidupan laut (aqua marine) semulajadi telah dirumus secara saintifik menggunakan kaedah penapaian. Ianya setaraf produk antarabangsa, selamat dan sudah pasti kehalalannya.
Di antara kelebihan RA8 dengan esen bioaktif aqua marine adalah:
- mengandungi bahan antioksida yang berupaya untuk melambatkan proses penuaan
- menggalakkan sintesis kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit
- melindungi kulit dari pancaran UVA dan UVB
- sentiasa merangsang pembaharuan kulit
- mengurangkan pengeluaran melanin (mencerahkan kulit secara semulajadi)
Suatu Revolusi Kecantikan
Set Normal RA8
Dalam hanya 2 bulan sahaja penggunaan RA8 akan memberi kesan peningkatan yang ketara terhadap kelembapan, kecerahan, kesegaran dan keanjalan kulit.
![]() |
| Pencuci+Penyegar, Serum & Krim Siang |
![]() |
| RA8 Cleanser (100ml) - Rm98.00 |
![]() |
| RA8 Renewal Skin Creme (30gm) - Rm108.00 |
Set Permulaan RA8
![]() |
| RA8 Starter Set 1 - RM78.00 |
Bagi yang hendak mencuba boleh beli set permulaan ini dulu. Tujuannya supaya kita boleh lihat samada ada tindakbalas pada kulit apabila menggunakan RA8. Di antara ke tiga-tiga item di dalam set ini, serum akan cepat habis mungkin dalam dua atau tiga minggu (bergantung kepada saiz yang dibeli). Oleh itu, boleh beli serum (15ml) sahaja jika ianya dah abis.
Cara penggunaan
Tatacara penggunaan set penjagaan kulit RA8 amat mudah:
Siang - Refreshing Cleanser --> Regenerative Serum (optional) --> Renewal Skin Creme
Malam - Refreshing Cleanser --> Regenerative Serum
Boleh disapu pada kawasan sekitar mata.
Statement from the formulator - SIRIM Berhad
"RA8 products was developed specifically for anti-aging. So the concentration of aquamarine extract in products is optimum for the said function. And the types & formula of the products was designed for intended use -antiaging. But when studied done by the biological activity the team discovered that the product also gave skin lightening effect. Improved skin tone & lightening of the skin will only be pronounced after 4 weeks or more."
Awards & Certification
Saya dan RA8
Sebelum saya berkongsi pengalaman saya selama menggunakan produk RA8, saya ingin nyatakan mengapa RA8 menjadi pilihan saya semasa hendak menukar produk. Sebelum ni (bertahun-tahun jugaklah), saya menggunakan produk jenama antarabangsa yang memang tinggi kualitinya dan memang saya tidak mempunyai masalah dengan produk tersebut. Penghijrahan saya bukan sebab produk itu tidak bagus tetapi lebih kepada sensitivity saya sebagai orang Islam. Saya mula menggunakan produk RA8 pada pertengahan bulan April 2012. Sebelumnya, saya telah mencuba bermacam-macam jenis produk keluaran syarikat bumiputra seperti Simplysiti, Jerneh, Safi Rania, HPA.....semuanya saya cuba, dalam 2 tahun jgk sebenarnya sebelum saya 'bertemu' dengan RA8.
Masa mula-mula menggunakan produk ini, untuk lebih tepat...selepas menggunakan pencuci muka (baunya lembut je), saya sudah merasakan perbezaan produk ini dibanding dengan produk yang saya guna sebelum ini. Lepas cuci muka, saya rasa kulit lebih lembut, rasa segar dan tidak kering. Pencuci muka RA8 sudah mengandungi penyegar jadi ianya bukan sahaja membersih tetapi membilas dan menyegarkan kulit.

| SEOUL INTERNATIONAL INVENTION FAIR (SIIF) 2009 |
![]() |
| BIOMALAYSIA Award 2009 |
![]() |
| BIOINNO Award 2009 |
![]() |
| MTE 2009 |
![]() |
| ITEX 2009 |
Sebelum saya berkongsi pengalaman saya selama menggunakan produk RA8, saya ingin nyatakan mengapa RA8 menjadi pilihan saya semasa hendak menukar produk. Sebelum ni (bertahun-tahun jugaklah), saya menggunakan produk jenama antarabangsa yang memang tinggi kualitinya dan memang saya tidak mempunyai masalah dengan produk tersebut. Penghijrahan saya bukan sebab produk itu tidak bagus tetapi lebih kepada sensitivity saya sebagai orang Islam. Saya mula menggunakan produk RA8 pada pertengahan bulan April 2012. Sebelumnya, saya telah mencuba bermacam-macam jenis produk keluaran syarikat bumiputra seperti Simplysiti, Jerneh, Safi Rania, HPA.....semuanya saya cuba, dalam 2 tahun jgk sebenarnya sebelum saya 'bertemu' dengan RA8.
Kriteria produk yang saya pilih mestilah:
- mempunyai set untuk anti penuaan
- kaedah penggunaan yang simple (sebab saya memang selalu sibuk & kena cepat2 je bila bersiap :) )
- membantu menghilangkan & menghalang jeragat
- ada perlindungan UV
- bahan asasnya mestilah dari sumber-sumber yang asli
- HALAL & SELAMAT
Jadi, kenapa RA8? Sebenarnya, saya mengetahui mengenai RA8 melalui posting kawan-kawan di FB. Kebetulan produk sedia ada masa tu, dah nak habis. Saya tertarik hendak mencuba RA8 sebab:
1. bahan asasnya lain daripada produk tempatan yang sedia ada
2. di formulasikan oleh SIRIM Berhad. Organisasi ini memang terkenal dengan ketelitian, ketepatan dan yang paling penting saya percaya banyak ujian yang telah mereka lakukan untuk memastikan produk ini selamat untuk digunakan.
3. SIRIM Berhad menyatakan bahawa produk ini setanding dengan produk jenama antarabangsa iaitu SK-ll, La Mer dan Menard. Teknologi yang digunakan di dalam pembuatan RA8 adalah sama dengan ketiga-tiga produk tersebut cuma bahan asasnya yang berbeza.
4. RA8 mempunyai perlindungan UVA dan UVB
Pengalaman saya...
Masa mula-mula menggunakan produk ini, untuk lebih tepat...selepas menggunakan pencuci muka (baunya lembut je), saya sudah merasakan perbezaan produk ini dibanding dengan produk yang saya guna sebelum ini. Lepas cuci muka, saya rasa kulit lebih lembut, rasa segar dan tidak kering. Pencuci muka RA8 sudah mengandungi penyegar jadi ianya bukan sahaja membersih tetapi membilas dan menyegarkan kulit.
Pada dua bulan pertama, saya amalkan penggunaan serum siang dan malam. Kulit saya memang agak kusam dan mempunya satu jeragat yang agak tebal. Saya memang berharap RA8 dapat membantu di dalam menghilangkan atau setidak-tidaknya memudarkan jeragat tersebut. Saya faham yang jeragat ini bukan senang nak hilang terutamanya jika kita hanya bergantung kepada keajaiban produk penjagaan kulit. Banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya jeragat seperti kita ada resdung, perubahan hormon dan juga keturunan.
Produk penjagaan kulit memberi perlindungan dari faktor-faktor luaran dan boleh merawat tetapi makan masa. Jadi, saya memang akan bersabar untuk melihat perubahan pada jeragat saya setelah menggunakan RA8 tetapi, pada masa yang sama saya memang mengamalkan pemakanan tambahan (vitamins, minerals & herba) untuk 'penyelengaraan' kulit dari dalam sebab saya memang mempunyai resdung.
Jika ikut piawaian yang SIRIM nyatakan, selepas 2 bulan penggunaan (secara istiqamah) akan nampak improvement pada keanjalan, kecerahan dan kelembutan kulit. Bagi saya, setelah memakai produk RA8 selama 2 minggu, kulit saya dah nampak lebih cerah daripada sebelumnya dan setelah lebihkurang sebulan, saya boleh rasa yang kulit lebih anjal dan bila senyum garis-garis kedutan di pipi sudah berkurangan. Alhamdulillah, produk ini berkesan pada kulit saya. Saya percaya Bio esen aquamarine yang ada pada RA8 telah merangsang pembentukan kolagen pada kulit saya.
Perubahan pada jeragat...?? Ye, ada. Alhamdulillah, selepas 3 bulan penggunaan, jeragat yang tebal dah nampak kepudarannya....
Begitulah pengalaman saya setakat ini, jangkamasa 'rawatan' yang RA8 lakukan akan berbeza mengikut keadaan kulit seseorang. Bagi masa juga untuk kulit adjust & adapt dengan produk baru. Jika ada masalah seperti naik jerawat masa mula-mula guna, berhenti sekejap atau sapu nipis-nipis je. Pengalaman dari pengguna RA8 yang lain juga menyatakan masalah tersebut hanya sementara. Teruskan penggunaan kecuali jerawat jadi semakin teruk, mungkin kulit kita alahan pada haruman atau UV filters, kena berhenti je. Sebab itu saya cadangkan sesiapa yang hendak mencuba, beli set permulaan (starter set).
Jadi, bagi yang ingin mencuba produk berkualiti tinggi buatan Malaysia ni, boleh hubungi saya. InsyaAllah, produk ini tidak akan mengecewakan anda dan perlu faham fungsi-fungsi produk ini sebelum membuat penilaian mengenai keberkesananya.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sedang mencari satu produk yang tidak mengandungi bahan kimia untuk anak remaja perempuan saya. Mukanya berminyak dan mempunyai jerawat dan parut akibat jerawat.Any suggestion dari produk RA8?
ReplyDelete